Dituduh Sengaja Jaringkan Gol Sendiri, Bekas Pemain Liverpool Maki F**k Malaysia!

7
0

Peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris di negara kita ni sememangnya di dominasi oleh dua pasukan iaitu Liverpool dan Manchester United. Jadi perseteruan dan gurau nakal dalam kalangan mereka memang sudah menjadi kebiasaan.

Tetapi ianya bukan satu yang kelakar apabila sekumpulan die hard fans Man United mengadakan sesi temubual bersama bekas pemain Liverpool, John Arne Riise dan bertanyakan kepadanya soalan-soalan panas termasuklah mengenai gol sendiri yang dijaringkannya pada semi final UEFA Champions League pada tahun 2008.

Saksikan bagaimana lagenda Liverpool itu meninggalkan sesi temubual sambil mencarut dalam video di bawah ini..

Siapa John Arne Riise?

Riise merupakan pemain tengah bertahan buat pasukan Liverpool bermula tahun 2001 sehingga 2008. Sepanjang menyarung jersi The Reds, beliau berjaya menyumbangkan 31 gol buat pasukan tersebut.

Prank April Fool Rupanya!

Cis, ingatkan Riise yang kena prank. Rupanya mereka semua berpakat nak prank amoi yang jadi host tu. Patutlah dia dapat soalan yang kaw-kaw punya!

Boleh tahan menjadi jugak reverse prank diorang ni. Tapi tak boleh lah buat selalu, lebih-lebih lagi kalau dapat dengan pemain yang emo dan tak sporting langsung. Mampus lerr..

Apa Komen Anda?