“Itu Hanya Gimik, Malique Tidak Hadir #AME2017 Langsung” – ASTRO

1
0

Antara perkara yang paling mencuri tumpuan semasa malam kemuncak #AME2017 malam tadi adalah ketika persembahan Dayang Nurfaizah bersama Malique untuk lagu duet mereka, Pejamkan Mata.

Kelibat susuk tubuh berselubung seperti watak Assassin Creed membuatkan rakyat Malaysia teruja melihat kemunculan semula Malique membuat persembahan di atas pentas. Walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana dilindungi hood kepala dan topeng muka, tetapi Netizen yakin lelaki yang berdiri di samping Dayang itu ialah Malique.

Menjawab kepada persoalan yang bermain di media sosial itu, pihak Astro tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut sejurus tamat acara tersebut. Menurut Astro, Malique tidak pernah menghadiri malam kemuncak AME itu dan suara beliau sebenarnya telahpun dirakam sejak awal lagi.

Tonton video penjelasan tersebut di sini:

Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN

Apa Komen Anda?