“Mengaku Je Dengki, Afiq Bukan Nak Menunjuk Tapi Nak Buktikan Anak Melayu Boleh Jadi Macam Dia”

7
0

Berikutan tersebarnya berita viral mengenai serbuan SIFU terhadap jutawan muda terkenal di Malaysia, King Afiq kerana menjual barangan tiruan.. ramai Netizen yang menemplak anak muda dengan gelaran Jutawan Ciplak, tetapi mujur terdapat juga sebilangan yang masih menyokong beliau.

Walau apa sekalipun pendapat masing-masing, mari kita serahkan saja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci dan berkenaan perkara ini, kami tertarik untuk berkongsi satu pandangan bernas oleh pengguna facebook ini.

Penulisan oleh Hamdan Taha di Facebook beliau:

Saya kenal afiq ini secara dekat dan dia adalah teman baik anak saya….beliau beraklak berilmu baik cuma masih muda.

Saya kecewa melihat metro dan media membuat andaian bermacam macam terhadap afiq ini cara media memainkan isu ini tidak membina persepsi yg baik tapi cuba membunuh semanggat orang muda untuk berniaga dan berjaya..kononnya beliau menjual dan raja barang tiruan…dan macam2 kata kata tak baik di gunakan untuk menghina beliau.

Barang tiruan ni dah ada puluhan tahun terutama di petaling stret dan di sunway mall di amcop mall dan macam macam tempat di malaysia ni menjual barang tiruan tapi metro dan mereka yg terlibat biarkan jer.


Afiq ni jual secara on line dan semua pembeli pun tahu itu barangan yg di beli dari china…pembeli tak kisah pun kerana mereka beli dengan harga yg sesuia…tetapi bila pihak berkuasa ambil tindakan dan keluar pula metro macam macam komen yg tak baik.

Sedangkan lazada ke ali baba ker atau banyak lagi syarikat pun menjual berbagai barang tiruan juga tidak pulak kecoh…malah china pengeluar utama barangan tiruan rakan baik malaysia…tak kisah pun.

Tapi anak muda yg berniaga secara baik dan berjaya itu lah yg di buru…apa pun afiq pak cik bangga dengan kamu….dan ini ujian kecil sahaja utk kamu.

Selamat maju jaya….pesanan pak cik satu jer masyarakat kita masih tak boleh menerima kerjayaan seseorang terutama anak muda melayu….ada syak di hati mereka kita ni jahat.

Jual dadah…buat kerja tak betul…dan sebagainya….hati2 lah…simpan kerjayaan itu dari mata mata yg jahat dan hasad…pak cik juga di masa muda melalui perkara yang sama.

BACA JUGA: Penindasan Buruh China Yang Bekerja di Forest City, Johor Yang Tidak Pernah Didedahkan Mana-Mana Stesen TV di Malaysia

Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN

Apa Komen Anda?