Pengikut Instagram Izara Bertambah Selepas Video Seksi Tular

6
0

Tidak perlu kami jelaskan mengenai video kontroversi berkaitan Izara Aishah yang menjadi tular baru-baru ini, kerana kami rasakan anda sendiri sudah sedia maklum akan video berdurasi 4 saat yang menonjolkan aset Izara pada bahagian sisi.

(KLIK SINI UNTUK LIHAT VIDEO)

Apa yang menjadi perhatian ialah bilangan pengikut pelakon filem J Revolusi itu bertambah seiring dengan kata-kata cacian di media sosial yang ditujukan buat gadis itu.

Sebelum video sisi badan Izara menjadi viral, follower instagram miliknya hanya 1 juta pengikut sahaja.

Selepas video tersebut viral, peminat Izara Aishah di instagram bertambah kepada 1.1 juta pengikut. Secara kasarnya terdapat lebih kurang 100,000 orang yang menjadi pengikut baru Izara.

Walaupun sudah menyatakan permohonan maaf di akaun media sosial miliknya (facebook & instagram), tetapi nampaknya Netizen masih tidak berhenti menyerang selebriti itu dengan kata-kata kesat.

Mujur bakal menantu kepada Dato’ Siti Nurhaliza itu tidak cepat melatah dan berusaha untuk menangani isu ini secara bijak. Mungkin Adib sedikit sebanyak membantu bakal isterinya itu untuk menjadi lebih matang.

Semoga Izara terus tabah menghadapi kontroversi yang melanda, dan terus kuat untuk berkarya sebagai anak seni. Abaikan saja kata-kata negatif dari orang yang cuba menjatuhkan kita.

BACA JUGA: Izara Aishah Maafkan Pihak Cuba Sebar Aib

Jangan like untuk LIKE Facebook BULETIN

Apa Komen Anda?