Najwa Latif Sudah Dilupakan Peminat?

187
0

najwa-latif-2017

PENYANYI Najwa Latif menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya dia sudah tidak lagi serius dalam lapangan nyanyian ekoran jarang dilihat di televisyen dan publisiti media.

Najwa, 22, ketika ditanya berhubung hal itu berkata, menjelaskan tidak timbul soal dia tidak aktif dalam lapangan nyanyian sebaliknya masih produktif dengan penghasilan lagu-lagu terbaru.

“Ada orang ingat saya dah tak serius menyanyi setelah ambil keputusan untuk sambung belajar tiga tahun lalu.

“Biarlah, mungkin yang beranggapan sedemikian tidak perasan dengan kelibat saya sebab saya sendiri memang jarang dilihat menghadiri majlis-majlis seni selain agak perlahan daripada publisiti media kebelakangan ini.

najwa-latif-terkini

“Pun begitu saya tetap produktif dalam penghasilan lagu-lagu di mana sekarang dalam rangka mempromosi single terbaru berjudul Kamu ciptaan saya dan kakak, Ika Latif,” katanya dipetik dari laman portal mStar Online.

Biarpun begitu Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia tidak pernah ambil hati tentang dakwaan sebegitu.

“Tidak semua orang mengikuti perkembangan saya, jadi saya harus sentiasa bersedia menerima andaian sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Najwa yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR peringkat Sarjana Muda Bahasa Inggeris merancang untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang yang sama dalam waktu terdekat ini.

Di satu sisi saat diusik tidakkah dirinya kini bersedia menerima kehadiran seorang lelaki yang layak di dipanggil teman istimewa, ini antara jawapannya.

“Oh, masih terlalu awal saya nak fikir ke arah tu (tersenyum).

“Fokus saya sekarang hanya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selain mahu sambung belajar dan meneruskan kerjaya nyanyian seperti biasa,” ujarnya.

Apa Komen Anda?