Ringgit Terus Kekal Tinggi

95
1

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan mata wang AS dipengaruhi oleh hasil Perbendaharaan negara itu yang rendah, ketidaktentuan politik dan data yang lemah, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.2760/2800 berbanding dolar AS daripada 4.2820/2850 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS terus rendah berikutan pasaran menjangka Rizab Persekutuan mengekalkan kadar dasar tertangguh susulan data yang lemah dari AS.

“Ketidakpastian mengenai agenda pembaharuan cukai dan rangsangan Presiden Donald Trump turut mempengaruhi sentimen pelabur,” katanya.

Ringgit, bagaimanapun, kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali euro. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1413/1459 daripada 3.1375/1410 pada Jumaat lalu.

Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8620/8663 daripada 3.8362/8406 pada minggu lepas dan lemah berbanding pound British kepada 5.5750/5815 daripada 5.5692/5744, sebelum ini.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.9841/9896 daripada 4.9868/9916 pada Jumaat lalu. – BERNAMA

Apa Komen Anda?