Telefon Pintar Xiaomi Mi6 Akan Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

120
0

Xiaomi sebelum ini telah membuat peraduan khusus melalui laman sosial mereka untuk peranti Mi 6 (Edisi Jackie Chan), dan kini nampaknya mereka dalam persediaan untuk melancarkan telefon pintar utama Xiaomi untuk 2017 secara rasminya di Malaysia.

Melalui gambar yang dikongsikan pada laman Facebook Mi Malaysia hari ini, mereka memfokuskan kepada penggunaan dwi-kamera dan juga slogan “Picture Perfect” yang digunakan meluas pada produk Mi 6 sebelum ini.

Seperti ramai sedia maklum, Mi 6 telah pun melepasi Sirim sebelum ini. Ia hadir dengan cip Snadpragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan skrin bersaiz 5.15-inci. Melengkapkan ia adalah kamera 12-megapixel dengan sokongan zum optikal 2x.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diumumkan. Selain daripada untuk pasaran tempatan, pada peringkat global, Xiaomi merancang untuk memperkenalkan Redmi 5X yang turut dijangka hadir dengan sokongan dwi-kamera.

Apa Komen Anda?