United Kempunan Aksi Bailly

41
0

LONDON: Pertahanan Manchester United, Eric Bailly, akan terlepas aksi Piala Super Eropah menentang Real Madrid selepas UEFA mengenakan hukuman gantung tiga perlawanan ke atasnya.

Pemain Ivory Coast itu dibuang padang kerana melakukan kekasaran ketika United berdepan Celta Vigo dalam saingan separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford pada Mei lalu, yang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Beliau digantung perlawanan ketika United merakam kemenangan 2-0 ke atas Ajax di pentas final dan akan menjalani dua lagi hukuman, termasuk dalam Piala Super Eropah pada 8 Ogos berdepan juara Liga Juara-Juara, Real di Skopje, Macedonia.

Bailly juga akan terlepas aksi pertama United dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara, yang dijadualkan pada 24 Ogos.

Pemain 23 tahun itu menikmati musim yang gemilang sejak menyertai United dari Villarreal pada 2016 dengan nilai perpindahan 30 juta pound (RM167.2 juta). – AFP

Apa Komen Anda?