3000 Tahun Penjara Rogol Anak Kandung Lebih 600 Kali

5032
0

PUTRAJAYA: Seorang bapa yang akan didakwa atas lebih 600 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap anak kandungnya, bakal berdepan hukuman penjara 3,000 tahun, jika sabit kesalahan.

Dia juga berkemungkinan disebat, berdasarkan peruntukan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016.

Sebelum ini, polis memaklumkan lelaki itu berdepan 599 tuduhan meliwat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, penjara maksimum yang boleh dikenakan terhadapnya adalah 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan merogol, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Apa Komen Anda?