Hadiah Lumayan Menanti Juara Jumbo Queen 2017

12
0

Jumbo Queen 2017 khas ditaja oleh Magnum, adalah sebuah pertandingan ratu cantik yang unik dan merupakan platform kepada mereka yang bersaiz besar untuk merealisasikan impian.

Pertandingan ini mengetengahkan wanita yang mempunyai berat badan 80 kilogram ke atas dan membuktikan golongan wanita yang bersaiz gempal bukanlah seorang yang pasif seperti yang sering dianggap oleh segelintir orang.

Selain itu, pertandingan ini juga memberi semangat dan lebih keyakinan untuk bercakap, buat persembahan, menyanyi menari dan sebagainya.

Pada peringkat awal, pusingan pemilihan telah tamat dan diadakan di beberapa negeri-negeri termasuk Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.

Kini, tiba masanya untuk menentukan siapa yang akan menjadi Juara Jumbo Queen 2017 dan membawa pulang wang tunai RM 5,000 beserta trofi dan selempang. Manakala, tempat ke-2 dan tempat ke-3 masing-masing membawa pulang wang tunai RM 3,000 dan Rm2,00 beserta trofi dan selempang.

Bukan itu sahaja, peserta-peserta juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM 500 serta gelaran paling berbakat, personality terbaik dan paling fotogenik bagi setiap kategori.

Jumbo Queen 2017 Pertandingan akhir akan berlangsung pada 8 Oktober 2017 (Ahad) jam 2:00 petang di Centre Court, Concourse Level, Sungei Wang Plaza. Sempena ulang tahun Jumbo Queen Malaysia Ke-10, penganjur telah menjemput Jumbo Queen dari tahun 2007 hingga 2016 bagi memeriahkan lagi suasana tahun ini.

Jumbo Queen 2017 khas ditaja oleh Magnum, Penganjur: Music Melody Store, Rakan Sokongan: Code Entertainment, Salon Rambut & Solek Rasmi: Revecen, Pakaian Rasmi: Costumes Rental n Image dan Penaja lokasi: Sungei Wang Plaza, D Pulze Shopping Centre, Mahkota Parade dan Megamal Pinang.

Datanglah beramai-ramai hujung minggu ini untuk menyaksikan bakat-bakat setiap peserta yang pasti membuatkan suasana riuh rendah di kalangan penonton. Sila hubungi talian Code Entertainment 012-711 8701 atau Ms Rainie 03- 9107 7223 atau layari www.facebook.com/Malaysia Jumbo Queen.

#Magnum4D #MusicMelodyStore #JumboQueen #MalaysiaJumboQueen

Apa Komen Anda?